waaaa....... banjir x surut2 lagi... cmna nk blik jitra nih..
ari selasa nih dh exam... waaa.. 1 menda pon aku x stdy lg... cmna nih..
suma jalan nk p jitra dok ttp lh..
padan muka ang kinah.. bahana tergedik2 nk blik..
haihh... mintak2 sok dh surut... amin2..
ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini..
artikel dr harian metro...
Hampir 40,000 mangsa banjir di Kedah dipindahkan
ALOR SETAR: Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi ini berbanding 32,990 orang malam tadi berikutan peningkatan mendadak mangsa banjir di Kubang Pasu dan Alor Setar.
Bagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap yang dibenarkan pulang.
Mangsa di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang terus meningkat.
Di Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang melibatkan 5,740 keluarga manakala di daerah Kota Setar, seramai 15,736 orang (4,047 keluarga) dan di daerah Pendang pula 241 orang (60 keluarga).
Mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 657 orang berbanding 2,279 orang malam tadi membabitkan 204 keluarga dan daerah Pokok Sena juga menunjukkan penurunan daripada 1,868 orang kepada 1,767 orang melibatkan 313 keluarga.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga jam 8 pagi ini, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, 10 di Padang Terap, 32 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.
Katanya, keadaan di Padang Terap bertambah baik dengan 2,722 orang daripada 339 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat manakala 10 pusat pemindahan ditutup.
Tinjauan Bernama di kawasan sekitar bandaraya Alor Setar mendapati semakin banyak jalan raya dan premis kerajaan digenangi air dan semakin banyak kediaman berdepan dengan gangguan bekalan air termasuk terputus bekalan.
Kawasan perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan juga pejabat Bernama Biro Kedah, kedua-duanya di Jalan Stadium, mula digenangi air.--Bernama
0 kata HATI:
Post a Comment